Sheikh Muhammad As Suhaimi

TEMPAT ZAHIRNYA

Asy Syeikh Muhammad As Suhaimi (Rahimahullahu Taala itu telah dikenali murid-muridnya sekelian dengan gelaran Kiyai Agung, kerana banyak bekas murid-muridnya telah menjadi Kiyai(guru agama) dan banyak pula orang-orang yang memang sudah menjadi Kiyai telah belajar lagi padanya, iaitu menjadi murid-muridnya.Tetapi orang-orang yang lain daripada murid-muridnya telah memanggil Syeikh Muhammad Suhaimi ataupun Syeikh Suhaimi sahaja.

Maka Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Ta’ala) itu telah dizahirkan di Kampung Sudagaran di daerah Wonosobo di dalam negeri Jawa pada tahun 1259 selepas Hijrah. Pada ketika itu kedua ibu bapanya masih hidup serta mereka kedua berada di dalam keadaan mewah dan senang, malah bapanya pada masa itu adalah seorang saudagar yang terkenal di dlam Wonosobo itu.

ASAL-USUL ATAU NASABNYA

Adapun nasab atau asal usul atau keturunan Syeikh Suhaimi (Rahimullahu Taala) itu ialah Muhammad bin Abdullah bin Umar bin Abdul Rahim bin Abdul Karim bin Muhiddin bin Nuruddin bin Abdul Razak Al Madani bin Hassan bin Abu Bakar Asy Syaibani.

Lebih atas daripada Abu Bakar Asy Syaibani itu maka Syeikh Suhaimi tidak menyatakan lagi satu persatu nasabnya itu kerana menurut katanya bahawa ia tidak berapa ingat lagi akan perkara itu sebab buku-buku catitan yang disimpan olehnya itu telah hialang.

Ketika Syeikh Suhaimi sedang berada di Tanah Arab maja ia telah menambah gelaranm As Suhaimi itu kepada namanya yang asal.Kiyai Agung nyatalah mula-mula orang yang mempunyai gelaran atau nama yang seperti itu di negeri-negeri sebelah timur ini. Kemudian banyaklah di antara murid-muridnya yang telah memberi nama ‘Suhaimi’ itu kepada anak-anak dan cucu-cucu mereka kerana mengharapkan berkat dan sempena yang baik dari nama itu.

Anak cucu atau keturunan Abu Bakar Asy Syaibani itu sekarang digelarkan ‘Ba Syaibani’ dan masih banyak dari golongan mereka yang masih tinggal di Tanah Jawa hingga sekarang. Setengah daripada mereka pernah menyatakan bahawa golonhan ‘Ba Syaibani’ itu ialah keturunan dari Sayidina Husain bin Sayidina Ali bin Abi Talib r.a dan sedia maklum bahawa ibu Sayidina Husain itu ialah Siti Fatimah binti Junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

ABU BAKAR ASY SYAIBANI DARI RASULLAH

Tetapi telah diselidiki dan telah dilihat dan dibaca di dalam ‘Majalah Ar Rabitah’ yang diterbitkan oleh golongan Saiyid-Saiyid di Tanah Jawa di dalam juz 8-9 keluaran tahun yang pertama, bulan Rabiul Awal dan Rabius Sani tahun 1347H, dan juga juz 9 keluaran tahun yang kedua, bulan Jumadas Sani tahun 1348 H, bahawalah nyatalah memang benar dan tepat tentang Abu Bakar Asy Syaibani itu dari keturunan Rasulullah S.A.W, kerana di dalam majalah-majalah yang telah tersebut itu ada disebutkan bahawa Abu Bakar Asy Syaibani itu ialah berbinkan Muhammad Asadullah bin Hassan At Turabi bin Ali bin Al Faqih bin Ali bin Muhammad Sahibul Marbat bin Ali Khali’ bin Alawi AS Sani bin Muhammad bin Alawi Al Awwal bin Ubaidullah bin Ahmad Al Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali aidullah bin Ahmad Al Muhajir bin Isa bin Muhammad bin Ali Al Aridhi bin Jaafar As Sadik bin Muhammad Al Baqir bin Ali Zainal Abidin bin Al Husain bin Ali bin Abi Talib, dan sedia maklum bahawa ibu Al Husain itu ialah Siti Fatimah Binti Rasulullah S.A.W.

NASAB ATAU ASAL-USUL SYEIKH SAIYID MUHAMMAD BIN ABDULLAH AS SUHAIMI

Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda:

Ertinya:

‘Tiap-tiap anak bagi seorang bapa maka nasabnya adalah kepada bapanya, kecuali anak-anak Fatimahmaka sesungguhnya akulah bapa mereka’

Sabda baginda lagi

Ertinya:

Bahawasanya Allah Ta’ala menjadikan zuriat(benih keturunan)tiap-tiap nabi pada tulang sulbi Nabi itu, tetapi Dia menjadikan zuriatku pada tulang sulbi ‘Ali


BUKAN UNTUK MEGAH

Oleh kerana begitulah nasab Syeikh Suhaimi(Rahimullahu Taala) itu, maka anak cucunya dan kaum keluarganya sekalian bersama-sama mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan syukur kepada Allah, tetapi tujuan dinyatakan dinyatakan nasabnya itu bukanlah untuk bermegah-megah bahkan hanya sebagai merasai suatu kesukaan ialah kerana Kiyai Agung dan anak-anak cucunya itu termasuk di dalam golongan keturunan Rasulullah S.A.W.

Bagaimanapun hendakdiingatkan bahawa punca kebahagiaan dan kemuliaan seseorang di sisi Allah pada hari akhirat nanti ialah dengan sebab ia taat menurut titah perintah Allah dan meninggalkan larangan-larangan-Nya di dunia dan bukanlah semata-mata dengan sebab nasab atau keturunan sebagai mana firman Allah S.A.W di dalam Al Quran

Maksudnya

Bahawasanya semulia-mulia orang di antara kamu pada sisi Allah ialah orang yang paling takut dan taat akan-Nya

Surah Al Hujrat:13]

Maksudnya

Syurga itu bagi orang yang takutkan Allah walaupun ia seorang hamba yang berbangsa Habsyi(kulit hitam) dan neraka itu bagi orang yang menderhaka kepada Allah walaupun ia seorang Saiyid yang berbangsa Quraisy

Dan Rasulullah S.A.W telah bersabda lagi ketika baginda berkhutbah di masa mengerjakan ‘Hajjatul Wada’(atau Haji Selamat Tinggal) sebagaimana ada tersebut di dalam Islam, begini

Ertinya:

Hai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu sekalian ialah satu, dan asal kamu ialah satu juga. Tiap-tiap seorang dari kamu ialah daripada Adam, dan Adam daripada tanah. Semulia0mulia kamu pada sisi Allah setakut-takut orang terhadap Allah. Tiada siapaorang Arab(iaitu orang Ajam) kecuali jika ia lebih taqwa(iaitu lebih menjunjung perintah Allah dan menjauhkan larangan-Nya)

Dan ada pula pepatah Arab begini:

Kemuliaan itu ialah dengan sebab ilmu dan adab sopan, bukanlah dengan sebab harta dan nasab( keturunan atau baka)

MEMBERI PERANGSANG

Bagaimanapun, ada baiknya juga bagi seseorang Islam yang berbaka atau berketurunan daripada orang-orang yang baik dan soleh, iaitu moga-moga perkara itu memberi perangsang kepadanya untuk memcari kelebihan dan mengerjakan amal-amal soleh.

APABILA SUDAH CUKUP UMUR

Apabila Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) telah ‘cukup’ umurnya maka ia telah dikahwinkan oleh orang tuanya dengan Nyali Qania’ah binti Kiyai Abdul Rahim yang tinggal di Kampung Kali Beber, daerah Garung,Wonosobo. Tiada berapa lama sesudah perkahwinan itu maka Syeikh Suhaimi berangkatlah seorang diri untuk meneruskan pelajaran agama dan lain-lain ke Pondok Sulu Tiang di daerah Luwanuh, tetapi ia tidak lama di situ kerana itu telah berpindah ke Pondok Termas di dalam daerah Pacitan. Dua buah pondok itu memang sudah masyhur banyak muridnya, terutama Pondok Termas, kerana boleh dikatakan kebanyakan ulama yang besar-beasr di Tanah Jawa pada mula-mulanya telah mengaji dan belajar di situ, ialah dengan sebab berkat gurunya dan kiyai-kiyainyabahkan sehingga sekarang masih tetap ramai murid-muridnya.

Setelah beklajar beberapa tahun di Pondok Termas itu maka Syeikh Suhaimi telah kembalilah ke Wonosobo tetapi belum lama di Wonosobo is telah berangkat pula ke Makkah Al Musyarafah dengan seorang juga untuk menunaikan pula Fardhu Haji dan untuk menyambung pelajarannya di sana.

MIMPIKAN LAYANG-LAYANG

Telah disebutkan tadi bahawa ayahanda Syeik Suhaimi itu, iaitu Haji Abdullah di waktu itu ialah seorang saudagar yang terbilang di Wonosobo. Maka apakala Haji Abdullah itu melihat bahawa anak-anaknya sekalian sudah cukup umur dan masing-masing boleh membuat pekerjaan sendiri maka Haji Abdullah itu pun berkatalah kepada mereka lebih kurang begini:

‘Kamu semua sudah beasr-besar dan sudah boleh membuat pekerjaan sendiri.Oleh itu, sementara ayanhanda masih ada umur dan boleh memberi kamu wang untuk berniaga, eloklah kamu semua mula belajar berniaga’.

Lalu ia terus hulurkan wang kepada tiap-tiap anaknya itu sekadar mencukupi untuk tujuan tersebut tadi.Hanya Syeikh Suhaimi sahaja tidak mahu berniaga .Ia telah berkata kepada ayanhandanya itu begini:

‘Saya mohon diizinkan berniaga di Makkah sahaja’

Jawab ayahandanya,’Negeri Makkah itu tidak ada apa-apa melainkan ianya tempat untuk emngerjakan ibadah sahaja.

Tetapi disebabkab oleh kuat dan bersungguh-sungguh permohonan Syeikh Suhaimi kepada ayahandanya itu maka cita-citanya itu telah diperkenankan oleh ayahandanya.

Sebelum Syeikh Suhaimi berangkat belayar ke Makkah Al Musyarrafah maka Haji Abdullah telah bermimpi bahawa dirinya ada mempunyai banyak layang-layang, tetapi layang-layang tadi tiada yang boleh naik ke udara kecuali satu sahaja yang boleh naik. Dengan mimpi itu ayahandanya terus faham bahawa layang-layng yang satu itu ialah memberi alamat yang akan naik namanya dan masyhur serta tinggi sebutannya pada orang ramai sebagaimana kita sedia maklum sekarang.

BERTUKAR CARA HIDUP

Ketika Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) berada di negeri Makkah Al Musyarrafah itu maka telah kelihatanlah oleh orang-orang bahawa kelakuannya dan bawalah hidupnya samalah seperti seorang anak saudagar, bukan seperti seorang pelajar atau penuntut biasa kerana pakaiannya ranggi setiap hari samada tentang jubahnya atau serbannya atau lain-lain lagi. Memang begitulah d situ keadaannya para penuntut yang mengaji ilmu syariat di antara saudagar dan orang-orang yang mempunyai banyak harta.

Tetapi Syeikh Suhaimi itu tidak berkelakuan seperti itu selama-lamanya, kerana kemudiannya cara kehidupannya itu telah berubah seperti kehidupan seorang Darwisy, iaitu seorang yang tidak sempurna pakaiannya dan sedikit makannya sehingga sepikul beras cukup atau tidak habis dimakan selama setahun oleh dirinya dan isterinya(kerana kemudiannya isterinya itu telah datnag ke Makkah untuk tinggal bersamanya dan isterinya itu telah mengikut jejak langkahnya mengurangkan makan dan menahan lapar. Maka daripada ketika inilah Syeikh Suhaimi telah mula mencari dan belajar ilmi Hakikat dan ilmu Tasawuf)

ISTERINYA MENYERTAINYADI MAKKAH

Setelah lebih kurang enam tahun Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) bermukim atau menahun di negeri Makkah Al Musyarrafah maka ia pun telah diikuti oleh isterinya Nyaii Qaniah binti Kiyai Abdur Rahim itu, dan Nyaii Qaniah terus bersama0sama menahun di Makkah dengan suaminya.

Adapun sebab-sebab isteri Syeikh Suhaimi belayar ke Makkah mendapatkan suaminya itu ialah kerana dari semenjak ia ditinggalkan oleh Syeikh Suhaimi untuk menahun di Makkah itu maka ingatan isterinya itu tidak luput terhadap suaminya. Hatinya rindu terhadap suaminya, malah rindunya itu semakin bertambah untuk bertemu, sehingga menjadi bingung fikirannya dan hilang ketenteraman jiwanya, lalu ia telah pergi tidur pada satu malam di kubur ‘Kang Embah’ (gelaran bagi seorang yang sangat alim) di tanah perkuburan ‘Kang Sari’ yang terletak di dalam Kampung Kali Beber itu.

Maka di dalam tidur itu ia telah mendapat mimpi bahawa dirinya itu telah dibawa naik ke udara oleh suatu makhluk yang tidak terang rupanya dan sifatnya. Setelah pagi maka ia segeralah pergi menceritakan mimpinya itu kepada seorang daripada bapa saudaranya lalu telah dijawab oleh bapa saudaranya itu, ‘kalau benar dirimu telah bermimpi itu, Insya Allah tidak lama lagi engkau akan menziarahi dan mendapatkan suami di negeri Makkah Al Musyarrafah itu.

Telah dijawab oleh Nyaii Qani’ah begini, ‘Bagaimana saya boleh mendapatkan dia di Makkah padahal saya seorang perempuan yang lemah, tidak ada daya upaya,’

Lalu dijawab lagi oleh bapasaudaranya itu, ‘Perkara yang seperti itu tidak mustahil kalau Allah S.AW. menghendaknya.

MIMPI ITU TERLAKSANA

Ta’bir mimpi yang telah tersebut itu telah benar terlaksana kerana Nyaii Qani’ah tidak lama kemudian telah dapat belayar ke Makkah Al Musyarrafah dan telah dapat berada bersama suaminya dengan selamat serta telah dapat pula ikut menahun di Makkah bersama-samanya sehingga telah dapat mereka berdua pulang ke Jawa dan kemudian berpindah ke Singapura pada malam Jumaat 3 Zulhijjah tahun 1313, dan telah dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Wakaf di Grange Road berhampiran dengan Orchard Road.

Menurut kenyataan seorang tua yang bernama Haji Siraj(yang berusia 80 tahun ketika manakib ini sedang diterjemahkann, dan ia tinggal di jalan Alsagof serta ia juga seorang bekas murid Syeikh Suhaimi) bahawa pada kubur Nyaii Qani’ah di tanah perkuburan Bukit Wakaf itu ternampak beberapa kelebihan sehingga orang-orang percayakan kubur itu kubur keramat.

ILMU DAN GURUNYA

Adapun Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala)ketika bermukim dan menahun di Makkah Al Mukarramah itu setiap hari tidak ketinggalan mangaji dan belajar berbagai-bagai ilmu pengetahuan untuk meneruskan atau menyambungkan pengajiannya yang telah lalu, seperti ilmu-ilmu Nahu, Saraf, Fiqih, Tafsir Al Quran, Hadis,Tauhid,Usul Fikh, Falak, Sejarah Islam, Tasawuf dan lain-lain ilmu lagi.

Adapun setengah daripada guru-gurunya dan masyaik-masyaiknya waktu itu berada di Makkah Al Mukarramah itu ialah, Maulana Saiyid Ahmad Dahlan(Mufti Makkah), Maulana Saiyid Bakri Syatta, Maulana Syeikh Nawawi Bantan, Maulana Saiyid Abdullah Zawawi dan lain-lain masyaikh lagi dari bangsa Makkah, Mesir dan Jawa.

Sanya setelah Allah S.A.W menurniakan fahaman kepada Syeikh Suhaimi terhadap ilmu-ilmu syariat dan ilmu-ilmu lain sebagaimana yang telah tersebut maka Syeikh Suhaimi telah berasa pula ingin hendak menuntut ilmu Tasawuf dan ilmu Hakikat serta ilmu-ilmu yang mensucikan hati(iaitu roh) dan ilmu-ilmu yang menyatakan berkenaan adab dan kelakuan para Wali-Wali Allah dan orang-orang yang soleh.

Tetapi ilmu-ilmu yang seperti itu tidak mudah dicapai dan tidak lekas mendatangkan hasilnya melainkan hendaklah juga disertakan dengan menjauhkan diri dari tarikan dunia, banyak berpuasa dan mngurangkan makan, banyak berjaga dan beribadat selepas tengah malam dan juga banyak menziarahi kubur dan maqam-maqam para Wali-Wali Allah dan orang-orang yang soleh dan lebih-lebih lagi kubur Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi(Alaihimus Solatu Wassalam) serta dengan pendapat guru yang layak.

Syeikh Suhaimi telah mulalah meninggalkan pakaian-pakaian yang lawa atau ranggi kerana pakaian-pakaian itu boleh mendatangkan perasaan ujub, riak dan takabur. Dan begitu juga tentang makan minumnya itu telah dikurangkan olehnya sedikit demi sedikit hingga beras sebanyak sepikul itu cukup dimakan oleh dirinya dan isterinya selama setahun sebagaimana telah dikatakan dahulu.

Dan begitu juga tentang percampurannya dengan kawan-kawan dan sahabat-sahabat telah dikurangkan. Ini bukanlah bererti bahawa ia ada maruah jahat sangka kepada kawan-kawannya itu, tetapi hanya dengan mengurangkan percampuran itu ia berasa dirinya lebih selamat dan hatinya lebih tenteram, dan juga ia takut kalau-kalau dirinya terkotor dengan perangai atau tabiat yang tidak baik, kerana perangai baik atau jahat bagi seseorang itu kerap datang daripada kawan dan percampuran.

MENZIARAHI MAQAM-MAQAM ATAU KUBUR-KUBUR

Apabila Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) sudah berasa hatinya lapang dan tenteram memasuki cara kehidupan yang baharu itu, tegasnya menjalankan cara kehidupan ahli hakikat maka hatinya mulalah suka hendak mengembara dan menjelajah untuk menziarahi maqam-maqam para Rasul, Nabi-Nabi, Wali-Waki, dan orang-orang yang soleh di negeri Syam, Mesir, Baghdad, Baitul Maqdis dan lain-lain tempat lagi pada tiap-tiap tahun selepas mengerjakan ibadat haji.

Setengah daripada maqam-maqam atau kubur-kubur yang telah diziarahi oleh Syeikh Shaimi itu ialah maqam Nabi Ibrahim, Nabi Yaakob, Nabi Musa, Nabi Yusuf, Nabi Lut, Nabi Saleh dan lain-lain Nabi lagi. Dan maqam sahabat-sahabat Rasulallah S.AW juga telah diziarahi olehnya termasuklah maqam mereka yang di negeri Syam(Syria) dan maqam sahabat Abu Aiyub Al Ansari di Kota Istanbul dan lain-lain lagi. Dan ia juga telah menziarahi maqam Sidi Abdul Qadir Jailani, Sidi Yazid Bustami, Sidi Qasim Junaid Al Baghdadi, Imam Abu Hanifah dan lain-lainnya. Dan juga di Baghdad beliau telah menziarahi banyak maqam-maqam ahlul balt(iaitu maqam-maqam keluarga Rasulallah S.A.W).

Dan di Syam ia telah menziarahi maqam Imam Al Ghazali dan di Mesir pula is telah menziarahi maqam Imam Asy Shafie dan maqam Syeikh Abdul Hasan Asy Syazali dan maqam Sayidina Husain dan lain-lainnya dari keluarga Rasulallah S.A.W dan maqam Wali-Wali dan orang-orang soleh yang ada di negeri Mesir itu.

IKHTIAR UNTUK KESELAMATAN

Adapun kelakuan dan keadaan Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) di dalam masa ia mengembara itu ialah ia memakai pakaian cara orang-orang Darwisy atau cara Badwi(iaiti orang Arab desa).Dan pula wang yang dibawa olehnya untuk bekalan itu ditaruhkan di dalam kasutnya, iaitu wang-wang paun atau wang –wang emas itu disusun dan diatur di dalam kasutnya yang sudah lama dan buruk dan kemudian dilapiskan dengan kulit lalu dijahit.

Maka seadanya dibuat begitu ialah supaya wang itu terpelihara daripada kena samun atau kena curi oleh penyamun-penyamun atau pencuri-pencuri yang memang banyak ada di tempat-tempat yang sepi di sana. Dengan ikhtiar yang secara ini, Alhamdulillah Syeikh Suhaimi telah dikurniakan keselamatan hartanya tidak pernah kena rompak atau kena curi.

Kelakuan yang sedimikian itu menunjukkan elok tadbirnya dan cukup ikhtiarnya yang memang disuruh oleh ajaran syariat Islam dan sayuginya dijadikan teladan oleh kite sekalian.

Kemudian, apabila Syeikh Suhaimi tiba di suatu tempat atau bandar, dan disitu ia perlu menggunakan wang maka ia asingkan dirinya daripada orang lain lalu ditetasnya jahitan kasut tadi, dan setelah itu diperbetulkan dan dijahitnya semula kasut itu.Jika ia masuk ke dalam sebuah masjid atau maqam maka is letakkan sahaja kasut tadi di tempat yang biasa tetapi terasing sedikit, ianya supaya orang tidak boleh menyangka bahawa kasutnyaitu luar biasa.

KEJADIA-KEJADIAN YANG GANJIL ATAU LUAR BIASA

Sanya, di antara kejadian-kejadian dan perkara-perkara yang dialami oleh Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) ketika ia mengembara itu banyak juga yang ganjil dan luar biasa, tetapi di dalam manakib ini akan dinyatakan hanya apa-apa yang saya ingat dan yang saya perlu sahaja seperti berikut ini.

Pada suatu masa, Syeikh Suhaimi sudah berasa penat dalam perjalannya.Oleh kerana ia sudah berjalan sangat jauh dan masa itu pula sudah masuk waktu Maghrib, padahal ia belum berjumpa kampung atau desa, lalu ia pun berikhtiarlah mencari tempat untuk berlindung pada waktu malam itu. Didalam mencari-cari itu ia pun berjumpalah suatu lubang yang seperti gua rupanya, bahkan ada air pula di dalamnya, lalu Syeikh Suhaimi pun masuklah ke situ dan berhenti untuk berehat dan bermalam di dalamnya. Tetapi setelah kira-kira satu jam lamanya tiba-tiba datanglah seorang ke tempat itu dan Syeikh Suhaimi dapat melihatnya menoleh-noleh dan menjenguk-jenguk di sekelilingnya dan setelah itu ia pun masuklah ke dalam gua tadi sambil memanggik-manggil. ‘Hai Muhammad, bangunlah.Tuan dipersilakan ke rumah saya.Tuan sekarang jadi tetamu saya’.

Syeikh Suhaimi telah berasa hairan dan terperanjat kerana ada orang yang memanggil pada waktu malam di tempat yang begitu sunyi jauh daripada orang itu, tetapi sesudah kuat pendapatnya bahawa orang itu memang hemdak mencarinya dan bersungguh-sungguh mengajak ke rumah untuk berehat di sana pada waktu malam itu maka ia telah menerima ajakan itu.Lalu mereka pun berjalanlah bersama-sama menuju ke rumah orang itu.

Tetapi tdak sampai beberapa minit sahaja tiba-tiba mereka sudah pun tiba di rumah itu di dalam sebuah desa.Hal ini juga menghairankan Syeikh Suahaimi kerana waktu siang tadi desa itu kelihatan sejauh mata memandang, dan menurut agakan Syeikh Suhaimi sendiri bahawa walaupun berjalan di dalam masa dua jam belum tentu boleh sampai ke desa itu daripada dua tadi.

BAGAIMANA ORANG ITU DAPAT TAHU

Setelah dihormati dan dilayani dengan sepenuhnya di dalam rumah itu mengikut cara dan adat bangsa Arab desa maka Syeikh Suhaimi pun bertanya kepada tuan rumah tadi begini, ‘Siapakah orang yang memberitahu kepada tuan tentang saya ada di dalam gua tadi itu?Dan juga tentang nama saya?

Disahut oleh tuan rumah itu, ‘Ada seorang datang ke rumah saya tadi yang saya sendiri pun tidak pernah nampak atau kenalkan dia, lalu dia berkata kepada saya, ‘Di dalam sebuah gua di sini-sini tempat ada seorang yang mengembara dan namanya Muhammad.Sayugialah awak menghormatinya dan memberi sepenuh-penuh layanan kepadanya di rumah awak pada malam ini.

Setelah berkata begitu lalu orang itu pun berjalan dan saya tidak nampak ke mana perginya.Saya pun tidak lengah lagi dan tidak berfikir panjang terus pergi mencari tuan.

LAGI SATU KEJADIAN GANJIL

Lagi satu kejadian ganjil yang berlaku pada Syeikh Suhaimi ketika di dalam pengembaraannya yang tersebut itu ialah begini pula:

Pada suatu masa Syeikh Suhaimi berasa sangat dahaga kerana sudah terlalu jauh berjalan namun tidak berjumpa air sama sekali, sedang bekalan air yang dibawa olehnya itu sudah lama habis. Kemudian ia pun berjumpalah satu tempat air, tetapi di tepi tempat air itu ada pula seekor harimau kumbang yang sedang memakan seekor kambing liar. Oleh kerana tidak tahan menunggu maka ia pun bertawakal kepada Allah S.A.W lalu mendekati harimau itu, tetapi harimau itu tidak meghiraukannya.

Ia pun merampas kambing itu daripada si harimau tadi lalu menyeretnya dan mencampakkannya jauh daripada tempat air itu.Si harimau rupa-rupanya tidak marah kepada Syeikh Suhaimi dan tidak membuat apa-apa kepadanya, hanya harimau itu pergi sahaja mengejar dan mendapatkan kambing yang telah diambil daripadanya itu.

Kejadian ini nyatalah menunjukkan pula tentang ketabahan hati Syeikh Suhaimi dan keyakinannya bahawa ada perlindungan Allah S.W.T padanya dengan sebab atau perantaraan amalan-amalannya dan tujuan-tujuannya yang baik dan hak itu.

MENDAPAT GURU KASYAF

Oleh kerana Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) sudah banyak menziarahi maqam-maqam dan kubur-kubur para Rasul dan Nabi dan juga maqam-maqam para Wali dan orang-orang yang soleh serta sudah banyak pula bertapa dan melakukan Riadah Rohani, maka sepatutny Syeikh Suahaimi sudahlah berasa senang di dalam hatinya, tetapi bagaimana pun maka fikirannya masih belum tetap, sebab tanda atau alamat yang nyata dan terang yang menunjukkan dirinya sudah menghasil maksudnya itu belum lagi didapati olehnya, kerana orang-orang yang soleh yang betul-betul sudah sampai kepada maksud mereka itu memang sudah mendapat atau memperolehi tanda-tanda atau alamat-alamat yang tertentu dengan nyata dan terang.

Oleh yang demikian maka semakinlah bertambah kuat cita-citanya dan azamnya hendak mencari seorang guru yang boleh memandunya supaya lekas berhasil maksudnya yang sangat dicita-citakan olehnya itu. Di dalam pengembaraannya di negeri-negeri Syam, Baghdad, Istanbul, Mesir, Semenanjung Tnaha Arab dan lain-lain lagi maka Syeikh Suhaimi belum lagi berjumpa dengan seorang guru yang boleh memandunya dan memberinya ilmu yang dimaksudkan olehnya itu.

Tetapi akhirnya ia telah mendapat khabar daripada setengah-setengah orang soleh bahawa guru yang seperti itu ada di negeri Mesir dan sedang menginap di sebuah desa yang tertentu.Mendengar khabar itu ia pun berangkatlah menuju ke tempat itu dengan segera selepas bertanya khusus-khusus berkenaan guru itu.

TIBA DI RUMAH GURU KASYAF ITU

Apabila telah sampai di negeri Mesir dan telah tiba di sebuah desa yang tersebut serta telah berjumpa rumah guru kasyaf itu maka Syeikh Suhaimi pun memberi salam. Tidak berapa lama kemudian keluarlah seorang tua dengan memegang sebatang tongkat yang besar, lalu orang itu terus mengangkat tongkat itu hendak memukul Syeikh Suhaimi dari atas. Kiyai Suhaimi pun segera undur dari hadapan orang tua itu, kerana jika ia tidak undur nescaya ia akan kenal pukulan tongkat yang besar itu.

Syeikh Suhaimi telah berasa bingung dan sangat hairan memikirkan kelakuan orang tua tadi.Hal itu tidak patut serta menyalahi sama sekali akan ajaran syariat iaitu tetamu wajiblah dihormati, lebih-lebih lagi tetamu yang datang dari jauh, tiba-tiba begini pula kelakuan guru yang dikatakan oleh ramai orang sebagai guru batin atau guru kasyaf atau guru unutk memimpin kepada darjat rohani yang tinggi.

Setelah beberapa seketika bertafakur maka Syeikh Suhaimi pun berpendapat bahawa kelakuan ata perbuatan orang tua yang sangat ganjil itu bukanlah untuk hendak betul-betul memukulnya tetapi hanyalah untuk menduga atau mencubanya sahaja, kerana memang seorang yang hendak mendapatkan darjat rohani yang tinggi itu tidak dapat tidak dicuba atau diuji terlebih dahulu.

Sesudah difikirkan perkara itu betul-betul oleh Syeikh Suhaimi maka ia pun berazam hendak mengadap lagi guru itu.Tetapi baharu sahaja ia sampai di muka pintu rumah itu tiba-tiba kelihatan guru tadi sudah pun menunjukkan tongkatnya yang besar dan menghayunnya, maka Syeikh Suhaimi hampir-hampir kena tongkat itu jika ia tidak cepat mengelak dan menepi daripada situ.

BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T

Akhirnya Syeikh Suhaimi telah membuat keputusan hendak berserah sahaja kepada Allah S.W.T, lalu ia pun terus masuk menghadap guru itu dengan tidak menghiraukan jika dipukul, atau dibunuh sekalipun.Dari itu apabila guru tadi mengangkat tongkatnya hendak memukul Syeikh Suhaimi maka ia tetap sahaja berdiam di tempatnya, tidak undur dan tidak mencuba mengelak, hanya memejamkan matanya .

Rupa-rupanya benarlah sebagaimana yang disangka oleh Syeikh Suhaimi kerana guru itu tidak jadi memukulnya, bahkan ia hanya memegang sahaja tangan Syeikh Suhaimi dan mempersilakannya duduk.Tetapi setelah Syeikh Suhaimi duduk maka ia tidaklah ditanya apa-apa dan tidak diberi apa-apa minuman sebagaimana yang biasa dibuat oleh seorang tua rumah kepada tetamunya.Bagaimanapun, setelah beberapa ketika maka guru itu memanggil akan khadamnya dan meminta segelas susu,lalu keluarlah khadamnya itu membawa segelas susu, tetapi bukanlah pula susu itu diberikan kepada tetamunya bahkan diminum oleh dirinya sendiri.Hanya setelah tinggal bakinya sedikit sahaja barulah dihulurkan kepada Syeikh Suhaimi, dan setelah itu baharulah orang itu mula bercakap dengan mengeluarkan perkataan seperti berikut:

‘Awak ke mari ada hajat apa?’

Diajawab oleh Syeikh Suhaimi,’Saya hendak memohon ilmu yang ada pada tuan,’

DIKUNCI DI DALAM BILIK

Syeikh Suhaimi pun disuruhlah masuk ke dalam sebuah bilik, alu pintu bilik itu terus ditutup dan dikunci dari luar, di dalam bilik itu kelihatan ada cukup alat-alat untuk beribadat dan untuk bersuci. Tiap-tiap pagi ia diberi segelas susu dan sebiji roti, tetapi tidak diberi apa-apa lain lagi sepanjang hari dan malam, dan lamanya hal itu ialah empat puluh hari dan empat puluh malam.

Tetapi setelah habis masa yang tersebut itu tiba-tiba di dapati roti itu masih ada cukup empat puluh biji, yakni Syeikh Suhaimi hanya minum susu sahaj sebanyak empat puluh gelas sepanjang empat puluh hari dan empat puluh malam, sedang roti itu tidak dimakannya barang sedikit pun.

Setelah selesai riadah selama empat puluh hari itu maka Syeikh Suhaimi telah diizinkan pulang dari situ ia pun keluarlah daripada bilik dan memohon untuk meninggalkan gurunya itu. Kemudian ia singgah di sebuah masjid yang ada tidak berapa jauh dari rumah guru itu.Tetapi ketika dia masuk ke dalam masjid itu tiba-tiba ia telah terperanjat besar dan hairan, kerana ia lihat orang-orang yang sedang berwudhuk atau sedang bersembahyang di situ ada kepalanya berupa kera, ada pula yang berupa kambing, bahkan ada pula yang berupa anjing atau babi atau lain-lain binatang lagi, namun ada juga yang tetap berupa manusia. Lalu terus terfikir di hati Syeikh Suhaimi bahawa orang yang sembahyang pun ada yang ‘bersifat’ seperti binatang-binatang tersebut itu, apatah lagi orang yang tidak sembahyang sama sekali, lalu Syeikh Suhaimi terus membaca

Peristiwa yang ganjil ini ialah hasil yang nyata yang mula didapati dan dialami oleh Syeikh Suhaimi, dan inilah satu daripada contoh-contoh ilmu batin dan kasyaf yang Syeikh Suhaimi telah perolehi.

Maka pemandangan yang ganjil sebagaimana yang baharu tersebut itu telah dihilangkan dan ditutupi ataupun diadakan bila-bila masa dikehendaki.

Kasyaf ertinya ‘mendedahkan’ atau ‘membuka tirai atau penutup’, maka ‘ilmu kasyaf’ ertinya ilmu yang hasilnya ialah seorang boleh melihat atau mengetahui perkara-perkara ghaib, iaitu perkara-perkara yang orang-orang kebanyakannya tidak boleh melihat atau mengetahuinya.

KEMBALI KE TANAH AIR

Setelah 12 tahun Syeikh Suhaimi bermukim atau menahun di negeri Makkah AL Mukarramah dan Tanah Arab, serta ia berasa sudah tercapai dan berhasil maksudnya maka is dan isterinya pun berangkatlah belalayar ke Malaysia, lalu mereka diam di Singapura dan tinggal di Kampung Dalam(iaitu di dua buah rumah-nombor 21 dan 23 Clyde Street, berhadapan dengan Masjid Ma’ruf)

Sesudah berdiam di Singapura maka Syeikh Suhaimi dan isterinya baharulah pergi ke Tanah Jawa, tetapi tidak lama di sana mereka kembali semula ke Singapura dengan membawa ibu bapa Syeikh Suhaimi bersama, iaitu Haji Abdullah dan isterinya Aminah, dan teruslah kedua ibu bapanya itu berada di Singapura hinggalah akhir hayat kedua mereka lalu telah dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Wakaf di Grange Road(dekat Orchard Road), Singapura, berhampiran dengan kubur Nyaii Qani’ah.

Apabila hati Syeikh Suhaimi sudah berasa tetap suka berdiam di Singapura, maka ia mulalah mengajar akan ilmu pengetahuannya kepada kawan-kawan dari golongan orang-orang Jawa dan lain-lainnya di antara orang-orang Islam yang tinggal di Singapura,maka setengah daripada ilmu yang ia ajarkan itu ialah seperti ilmu Syariat, ‘Aqaid dan Tasawuf.

Maka apabila murid-muridnya sudah ramai, dan sudah pula nyata pada orang-orang tua dan muda bahawa Syeikh Suhaimi itu boleh dibuat;pegangan’ dan boleh menjadi guru(kerana di masa itu belum banyak orang alim bermukim di Singapura maja banayklah dari golongan orang-orang ramai telah bermuafakat dan bersetuju(khasnya orang-orang tua) meminta kiranya Syeikh Suhaimi mahu menjadi imam dan mengajar di masjid Ma’ruf yang ada di Clyde Street dekat North Bridge Road itu

MASJID MA’RUF

Masjid Ma’ruf itu ialah sebuah masjid yang mula-mula sekali didirikan kawan-kawan Jawa yang berada di Singapura.Maka masjid ini dinamakan Masjid Ma’ruf ialah kerana orang yang banyak berusaha dan mula-mula menjadi imam baginya ialah Almarhum Kiyai Haji Ma’ruf

Sesudah Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) tetap menjadi imam di Masjid Ma’ruf itu maka ia mulalah mengajar pelajaran-pelajaran agama kepada orang ramai di serambi masjid itu tiap-tiap pagi selepas terbit matahari dan tiap-tiap petang selepas sembahyang Asar.Dan teruslah menjadi imam juga di situ(sebagaimana yang telah tersebut tadi) sehingga empat puluh tahun lamanya tanpa menerima apa-apa bayaran atau gaji.Kemudian ia pun mendapat sekeping tanah di Kelang,Selangor iaitu di daerah Teluk Pulai,dan Syeikh Suhaimi telah membuat rumah di sana tetapi ia tetap berulang alik di antara Kelang dengan Singapura.

BACAAN AURAD

Selain daripada perkara-perkara yang telah tersebut tadi maka Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) ada mempunyai ‘aurad’ atau bacaan-bacaan yang tertentu yang mengandungi ayat0ayat Quran dan selawat-selawat yang dibaca selepas sembahyang fardhu.Bacaan-bacaan ini dinamakan ‘Aurad Muhammadiah’.Dan demikianlah juga ia ada mempunyai bacaan tahlil yang tertentu yang dibaca sebelum bacaan Maulid Barzanji pada tiap-tiap malam Jumaat dan sebelum bacaan Maulid Diba’i pada tiap-tiap malam Isnin.Hinnga sekarang amalan-amalan itu masih dijalankan oleh kebanyakan murid-muridnya lelaki dan perempuan.

Untuk hendak mengamalkannya(sebagaimana lain-lain amalan yang secorak dengannya)hendaklah dengan ‘ijazah’iaitu dengan mendapat izin daripada Syeikh Suhaimi atau salah seorang dari wakil-wakilnya yang masih ada himgga hari ini.

Maka bacaan Maulid itu telah ditambahkan kepada bacaan Aurad tadi serta ditetapkan sebagai amalan yang penting bagi murid-murid Syeikh Suhaimi ialah kerana setengah daripada sebab-sebabnya sebagai berikut:

Syeikh Suhaimi memang ada mengamalkan bacaan Maulid itu, tetapi ia pernah juga meninggalkannya.Tiba-tiba pada suatu malam ia telah bermimpi dengan mimpi yang terang bahawa ia berjumpa dengan Wali Allah Habib Nuh yang pada masa itu sudah wafat(dan maqamnya ada di atas bukit dekat Palmer Road,Tanjumg Pagar, Singapura hingga sekarang)

Di dalam mimpi itu Habib Nuh sedang mengiring baginda Rasulullah S.A.W yang sedang berjalan di hadapan rumah Syeikh Suhaimi, lalu Habib Nuh berkata kepada baginda Rasulullah,’Ya Rasulullah, marilah kita ziarahi rumah kawan saya Muhammad Suhaimi’.

Tetapi Rasulullah S.A.W telah enggan berbuat demikian sambil bersabda:

‘Saya tidak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu melupakn saya,kerana dia selalu meninggalkan membaca Maulid saya’.

Lalu dijawab oleh Habib Nuh,’Saya bermohonlah kepada tuan hamba supaya dia di ampuni’.

Setelah itu baharulah Rasulullah S.A.W mahu masuk dan duduk di dalam rumah Syeikh Suhaimi itu.Maka selepas dari mimpi tadi Syeikh Suhaimi tidaklah lagi meninggalkan bacaan Maulid Nabi itu hatta walaupun di dalam pelayaran, dan walaupun ada dua tiga orang sahaja di dalam masjid Maulid itu. Demikian juga tentang Tahlil yang tertentu yang dibaca sebelum Maulid itu maka puncanya juga ialah daripada panduan batin yang telah diperolehi oleh Syeikh Suhaimi.

Adapun tujuan Tahlil itu, selain daripada mendoa dan menolong orang-orang Islam yang sudah kembali ke rahmatullah, ialah juga unutk menjemput ‘orang-orang ghaib’ yang besar-besar dari golongan Wali-Wali bersama hadir di dalam majlis itu supaya bila-bila masa kita berhajatkan sesuatu perkara atau pertolongan maka mudah-mudahan mereka akan membantu da bersama-sama menolong kita dengan secara batin untuk menghasilkan hajat itu.

ASAL ATAU PUNCA AURAD MUHAMMADIAH

Adapun tentang asal atau punca Aurad Muhammadiah itu pula iaitu bahawa Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) setelah menuntut dan menjalankan amalan-amalan batin telah menjadi semakin banyak bahkan seluruh Quran juga telah pernah ia ‘tapakan’ padahal ayat-ayat itu hendaklah dibaca dengan tetap pada tiap-tiap hari atau pada tiap-tiap jangkamasa yang tertentu.

Dari itu Syeikh Suhaimi mula berasa keberatan serta tidak cukup masa untuk mengamalkannya dengans empurna, apatah lagi jika amalan-amalan itu ‘diturunkan’ kepada murd-muridnya kelak.Lalu ia pun berdoa dan bermohon kepada Allah S.A.W supaya ditunjukkan cara untuk meringkaskan amalan-amalan itu atau untuk mengatasinya.

MENDAPAT ‘ALAMAT

Tiadak lama selepas itu maka Syeikh Suhaimi pun mendapat ‘alamat’ menyuruh ia masuk ke dalam Kaabah selepas tengah malam yang tertentu.

Apabila ia masuk ke dalam Kaabah di masa yang telah ditentukan itu tiba-tiba ia telah berjumpa dengan Rasulullah S.A.W sendiri(iaitu di dalam keadaan jaga, tidak mimpi) dan baginda Rasulullah S.A.W telah mengajar akan dia bacaan Aurad itu serta cara-cara mengamalkannya.Maka Aurad itu jadilah sebagai ibu atau pil bagi amalan-amalnnya yang banyak itu.Dan Aurad itu telah diizinkan untuk ‘diturunkan’ kepada sesiapa yang berkehendak mengamalkannya.

Maka dengan sebab itu,kemudiannya Syeikh Suhaimi telah menyatakan bahawa ia sedia mahu memberi izin atau ‘ijazah’ kepada sesiapa di antara saudara-saudara Islam yang mahu mengamalkannya.Maka banyaklah orang-orang yang mahukan Aurad itu dan mengamlkannya dengan tetap,samada dari golongna Jawa,Melayu,Arab,India dan lain-lain kaum lagi,malahan pengikut-pengikutnya dari kaum wanita juga tidak ketinggalan sehingga murid-muridnya iitu berjumlah beribu-ribu orang banyaknya pada masa itu, kerana mereka yang telah mendapat ijazah dan mengamalkannya dengan betul dan tekun telah mendapat dan mengalami beberapa kelebihan dengan sebab berkatnya.

Telah semakin banyaklah pengikut-pengikutnya serta telah bertambah masyhur namanya dan elok sebutannya sehingga ia sangatlah dihormati oleh murid-muridnya dan oleh orang ramai.Tetapi memanglah sudah menjadi kebiasaan dunia bahawa adalah pula orang-orang yang tidak suka dan hasad kepadanya sehingga ada di antara mereka yang telah terus terang menyatakan permusuhan mereka kepadanya.Almaklumlah tiap-tiap nikmat itu biasanya ada orang yang mendengkinya, sebagaimana sabda RasulullahS.A.W

Ertinya:

‘Tiap-tiap orang yang mendapat nikmat itu didengki’

BERBAGAI-BAGAI TUDUHAN TELAH DILEMPARKAN

Setengah daripada orang-orang yang telah memusuhinya itu telah menuduh bahawa ‘tariqat’ dan ilmu-ilmu yang diajarkan oleh Syeikh Suhaimi itu salah atau syirik.Erti syirik dengan ringkas ialah ‘menyengutukan Allah’, maka hukum orang yang menyengutukan Allah itu ialah kafir.(Tuduhan seperti ini sudah dijawab)

Setengah musuhnya yang lain pula telah menuduh kononnya ia ada menubuhkan satu kumpulan jahat, bahkan ada yang lain lagi mengatakan bahawa tariqat yang diajar olehnya itu bukan tariqat, bahkan ada pula yang menghukumkan bahwa wanita-wanita membaca Maulid dengan menyaringkan suara hukumnya haram.

Akhirnya setengah dari musuh-musuhnya yang sangat marah kepadanya (sehingga mereka tidak dapat menahan marah mereka) telah mengadukan kepada pihak Pemerintahan Singapura(dengan menghantar surat ‘melayang’iaitu tanpa ditandatngani,atau dengan lain-lain cara lagi) tentang kesalahan-kesalahan yang kononnya dilakukan oleh Syeikh Suhaimi itu, dan satu daripada tuduhan-tuduhan itu ialah bahawa Syeikh Suhaimi ada membuat wang-wang palsu ialah kerana mereka lihat bahwa kehidupan Syeikh Suhaimi agak mewah juga sedangkan ia nampaknya tidak mempunyai pekerjaan atau perniagaan yang munasabah untuk menghasilkan wang yang lumayan.

MEMBUAT WANG

Tuduhan yang telah tersebut itu dapat diketahui ialah kerana pada suatu hari seorang merinyu bangsa Eropah berserta beberapa orang mata-mata biasa telah datang ke rumah Syeikh Suhaimi untuk menyelidik suatu pergaduhan; iaiatu Syeikh Suhaimi konon ada membuat wang palsu,sebagaimana baru tersebut tadi.Syeikh Suhaimi telah menyatakan kepada pihak polis itu bahawa ia benar boleh membuat wang tetapi wang itu wang betul,bukan wang palsu.Dan jika pihak polis mahu melihat bagaimana membuat wang itu ia akan tunjukkan.Memanglah pihak polis itu mahu melihatnya.

Syeikh Suhaimi pun menarik salah sebuah daripada laci mejanya dan menunjukkan laci itu kepada orang-orang polis tadi.Sekalian mereka yang ada di situ, dapatlah melihat dengan nyata bahawa laci itu kosong.Setelah itu maka Syeikh Suhaimi pun sembahyang hajat dua rakaat lalu ia berdoa kepada Allah, kemudian ia terus menarik sekali lagi akan laci yang kosong tadi.Tiba-tibakelihatanlah oleh sekalian yang hadir bahawa laci yang kosong itu sekarang penuh dengan wang emas, lalu Syeikh Suhaimi pun berkatalah kepada merinyu tadi bahawa begitulah caranya kalau hendak membuat wang,bahkan ia telah menwarkan kepada merinyu itu supaya ia mengambil sedikit daripadawang itu jika ia mahu,tetapi merinyu itu enggan menerimanya.

SANGAT MEMERANJATKAN

Setelah itu maka Syeikh Suhaimi pun memasukkan kembali laci tadi lalu ia pun sembahyang hajat dua rakaat sekali lagi,dan kemudian,apabila ia menarik laci itu keluar semula tiba-tiba tidaklah kelihatan lagi wang itu-laci itu telah kosong semula.

Sanya, kejadian yang luar biasa tadi sangatlah memeranjatkan, sekalian mereka yang hadir termasuklah merinyu itu sendiri.

Dengan tidak bercakap banyak lagi maka pihak polis itu pun keluarlah meninggalkan rumah Syeikh Suhaimi itu.Dan semenjak itu maka senyaplah begitu sahaja tentang Syeikh Suhaimi itu ada menbuat wang palsu itu,bahkan segala tuduhan-tuduhan yang lain terhadap Syeikh Suhaimi yang diadukan kepada pihak polis itu tidak lagi mendapat apa-apa layanan dan maksud yang jahat itu tidak memberi bekas atau menghasilkan apa-apa akibat kepada Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala)

BALASAN PERMUSUHAN-PERMUSUHAN ITU

Dengan keadilan Allah S.W.T maka kebanyakan orang-orang yang membuat permusuhan kepada Syeikh Suhaimi itu telah menerima balasan yang buruk,porak peranda dan kerosakan atau kecelakaan.Setengah daripada mereka telah kena penyakit selama bertahun-tahun sehingga rosak rupa dan sifatnya dan setelah mati pula maka harta benda telah punah-ranah.

Setengah lagi telah kena batuk darah sehingga mati begitu juga dengan punah ranah harta bendanya.Ada pula yang menuduh bahawa ajaran Syeikh Suahimi itu salah dan sesat dan orang ini juga telah kena muntah darah,tetapi walaupun ia akhirnya telah sembuh setelah mencari berbagai-bagai ubat di dalam masa yang lama dengan belanja yang banyak namun pangkatnya telah hilang dan ia telah mati di dalam keadaan yang hina.Setengah lagi telah berubah atau hilang akalnya hingga mati.

Selain daripada itu ada pula murid-muridnya yang telah berpaling tadah dan engkar serta mencaci akan ajaran ataupun peribadi Syeikh Suhaimi sendiri.Bahkan adajuga yang menjalankan ajarannya padazahir sahaja sedangkan pada batinnya atau hakikatnya ia semata-mata hendak mencari wang untuk kepentingan diri sendiri dengan ‘menjual nama’ Syeikh Suhaimi.Maka orang-orang yang tersebut ini juga telah rosak akal mereka atau tidak sempurna kehidupan mereka sehingga akhir hayat mereka.

SESUAI DENGAN SABDA NABI S.A.W

Akibat-akibat yang baru tersebut itu dan akibat-akibat yang sepertinya memanglah tepat dengan sabda Rasulullah S.A.W begini

Maksudnya:

Daging para ulama itu racu.Barangsiapa memakannya nescaya ia binasa

Tujuan hadis ini lebih nyata ialah bahawa orang-orang yang suka menghina-hinakan ulama atau sangat membenci mereka sehingga berani membuat fitnah terhadap mereka nescaya akan mendapat laknat dan bala daripada Allah S.W.T dengan sebab mulianya ulama pada sisi Allah S.W.T.

Adapun orang-orang yang dinamakan ulama itu ialah mereka yang alim di dalam ilmu agama Islam serta menjalankan ibadat dan menjauhkan maksiat.Tegasnya orang-orang yang bertqwa.

BERTAUBAT DAN MEMINTA MAAF

Tetapi sayugialah disebutkan di sini bahawa setengah daripada seteru-seteru Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) itutelah insaf bertaubat pada Allah S.W.T. serta memohon maaf kepada Syeikh Suhaimi sendiri dan Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T orang-orang itu telah terselamat.

MAUNAH, KAROMAH, MUKJIZAH DAN SIHIR

Sebelum kita teruskan Manakib Syeikh Suhiami(Rahimahullahu Taala) ini maka eloklah bahkan pentinglah kita nyatakan terlebih dahulu tiap-tiap kejadian yang luar biasa atau ajaib dan baik yang berlaku kepada Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi itu dinamakan ‘Mukjizah’.Dan jika kejadian-kejadian seperti ini berlaku kepadaorang-orang Islam yang sangat soleh dan kuat beribadat atau Wali Allah maka kejadian-kejadian ini dinamakan ‘Karomah atau Keramat’.

Dan jika kadang-kadang kejadian yang seperti ini berlaku kepada orang-orang ahli ibadat yang biasa(orang soleh)maka kejadian itu dinamakan ‘Maunah’.Tetapi jika kejadian-kejadian yang seperti itu berlaku kepada seorang ahli maksiat atau fasik maka kejadian ini dinamakan ‘sihir’.

Oleh yang demikian maka saudara-saudara kita orang-orang Islam sekalian hendaklah mengetahui dan mengingatkan perbandingan terhadap perkara-perkara yang baharu tersebut itu dengan betul supaya tidak terkeliru dan salah kepercayaannya(salah iktiqad)

KELAKUAN DAN AMALAN SYEIKH SUHAIMI

Kemudian daripada apa yang telah tersebut itu maka pentinglah disebutkan pula setengah daripada kelakuan-kelakuan dan amalan-amalan Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) yang luar biasa dan ganjil yang jarang boleh dijumpai pada lain-lain orang.Dan juga sifat-sifat yang mulia dan tinggi yang ada pada Syeikh Suhaimi itu memang banyak, dan diantaranya banyak yang sayugia dijdikan teladan bagi murid-muridnya dan bagi lain-lain orang Islam juga untuk diikuti seberapa yang terkuasa.

SEMBAHYANG BERJEMAAH

Setengah daripada kelakuan Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) itu ialah mengerjakan tiap-tiap sembahyang fardhu dengan berjemaah samada di masjid atau di rumah,samada di rumahnya sendiri atau di rumah orang lain sekalipun, bahkan walau ketika di dalam pelayaran, siang atau malam.Bolehlah dikatakan hal itu tidak pernah ditinggalkan olehnya lebih-lebih lagi ia menjadi imam di masjid itu.

SEMBAHYANG PADA AWAL WAKTU

Demikian juga Syeikh Suhaimi sangat menjaga tentang mengerjakab tiap-tiap sembahyang fardhu pada awal waktunya,sehingga jadilah masyhur perkara itu di kalangan ramai.Jarang sekali ia sembahyang terlewat sehingga keluar daripada awal waktu sembahyang fardhu itu samada is menjadi imam di masjid atau sembahyang di rumah walaupun di rumah orang lain, bahkan walaupun ketika belayar.

RIADHAH ROHANI ATAU BERLAPAR

Tentang senaman atau riadhah rohani iaitu berpuasa dan berlapar bukan sahaja pada siang hari bahkan mengurangkan makan pada malam hari juga atau dengan lain-lain perkataan bertapa di mana bertapa ialah suatu perkara yang tidak mudah dilakukan oleh seseorang kebanyakan (orang awam),bahkan jarang juga para ulama mahu dan boleh melakukannya.Di masa Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) menahun di Makkah dan negeri-negeri Arab yang lain(sebagaimana yang sudah disebutkan dulu) maka kerapkali sahaja ia melakukan riadhah itu sehingga sebulan(atau lebih) lamanya,dengan berpuasa pada siang harimanakala pada malamnya pula ia tidak makan atau minum apa-apa kecuali sedikit buah-buahan dan air kopi sahaja.Hal yang seperti ini telah dilakukan olehnya tiap-tiap bulan sekali ataupun lebih kerap lagi.

Kebanyakan orang biasanya jika hendah mengerjakan riadhah yang seperti itu maka mereka mengasingkan diri atau berpisah daripada orang ramai dan bersendirian di tempat-tempat sunyi.Tetapi Syeikh Suhaimi tidak memilih tempat.Bila-bila ia berazam hendak ‘menahan makan’ itu maka lakukannya di mana sahaja.

MURAH HATI ATAU MURAH TANGAN

Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) tidaklah sesekali boleh dibilangkan seorang yang ada banyak harta, kerana pendapatannya bolehlah dikatakan hanya cukup untuk dibuat belanja bagi keperluan dirinya dan ahli rumahnya sendiri sahaja, tetapi jika dipandang tentang ia suka menolong orang maka bolehlah dia dihitung sebagai seorang yang bersifat pemurah hati, kerana kerap kali sahaja ia membahagikan pakaian kepada murid-muridnya yang miskin atau berhajat dan kepada penjaga-penjaga masjid, peminta-peminta sedekah dan lain-lain lagi.

Begitu juga jika saudara-saudara Islam daripada bangsa apa jua pun yang hendak pulanh ke negeri mareka lalu meminta bantuan pada Syeikh Suhaimi nescaya ia memberi tambang mereka.Adapun tentang berderma untuk membuat atau memperbaiki masjid-masjid dan surau-surau maka banyaklah khairat-khairat yang telah diberikan olehnya, lebih-lebih lagi tentang sedekah kepada orang-orang ‘dagangan’ dan orang-orang yang berhajat,dan juga berkhairat untuk mengadakan majlis membaca Maulid Nabi S.A.W dan lain-lain lagi.

MURAH HATI TENTANG MENGAJAR

Sifat Syeikh Suhaimi yang baharu tersebut tadi itu ialah berkenaan perkara harta.Adapun murahnya berkenaan mengajar ilmu-ilmu maka yang demikian itu lebih luas lagi, kerana ia tetap sahaja pada tiap-tiap pagi dan petang dan juga selepas sembahyang Jumaat sedia mahu menunjuk ajar berkenaan agama Islam di masjid, sebagaimana kita sudah sebutkan dahulu dan juga dari semasa ke semasa ia pernah mengadakan majlis yang seperti itu di rumahnya sendiri untuk kaum ibu pula.

Dan sesiapa yang meminta keterangan atau penjelasan bagi sesuatu masalah agama nescaya dengan segera dilayankan perkara itu lalu diberi keterangan kepada orang itu dengan tidak dipayah-payahkann atau ditempoh-tempohkan.Begitu juga sekali-sekali ada orang datang meminta diajarkan sesuatu ilmu dengan seorang diri sahaja maka ia telah kabulkan permintaan itu.

SSIFAT CEKAL DAN SIFAT BERANI

Kita telah mengetahui daripada perjalanan hidup Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) yang telah tersebut dahulu bahawa pengembarannya di Tanah Arab dan lain-lain negeri lagi itu menunujukkan bahawa Syeikh Suhaimi mempunyai sifat cekal dan berani.Adapun keberaniannya terhadap seteru-seteru pula akan disebutkan sebagaimana berikut ini;

Ketika Syeikh Suhaimi baharu menjadi imam di Masjid Ma’ruf itu amak ada di antara kaum Jawa yang sangat memusuhinya kerana beberapa sebab.Maka mereka telah berkali-kali mendendam dan mengancam hendak emukul Syeikh Suhaimi.Apakala telah diketahui dengan jelas oleh Syeikh Suhaimi akan hal itu maka ia pun tidak lengah lagi mengajak salah seorang kawannya pergi ke rumah salah seorang seterunya pada suatu malam.

Rupa-rupanya di waktu tu beberapa orang seterunya sedang berunding di rumah itu hendak melakukan kehendak hawa nafsu mereka(iaitu hendak memukul atau memecahkan kepala Syeikh Suhaimi) lalu ia pun memberi salam dan meminta izin masuk.Dan ia pun berkatalah kepada seterunya itu lebih kurang begini;

‘Saya telah mendengar dengan nyata dan tidak ragu-ragu lagi tuan-tuan semua hendak memukul saya.Sekarang saya sudah datang ke mari.Lakukanlah maksud tuan-tuan itu.Tuan-tuan semua tidak payahlah lagi hendak mencari-cari saya.

TIDAK MENGAKU

Tetapi apabila mereka itu berhadapan dengan Syeikh Suhaimi tadi maka mereka bukan sahaja tidak jadi memukulnya bahkan mereka juga tidak mengaku ada niat hendak memukulnya sama sekali.Maka begitulah halnya mereka, hati terlalu hasad dengki tetapi tidak dapat hendak membuat apa-apa kepada Syeikh Suhaimi walaupun mereka pada mula-mulanya telah berazam kuat hendak menganiayanya.

Tetapi walau bagaimanapun sekali, ketua seterunya itu tetap tidak mahu berbaik atau berdamai dengan Syeikh Suhaimi sehingga orang itu mati setelah dua tahu mengidap suatu penyakit yang menyebabkan rupanya dan sifatnya menjadi tidak senonoh.

Baharu tadi telah dinyatakan tentang keberanian Syeikh Suhaimi terhadap sesama manusia, bahkan lebih-lebih lagi begitu jika untuk menjalankan atau menegakkan perkara-perkara yang hak dan benar berkenaan hukum-hukum Allah S.W.T dan memelihara perintah-perintah-Nya sebagaimana yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W itu.

KEHEBATAN SYEIKH SUHAIMI

Satu lagi perkara yang ganjil yang terdapat pada Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) itu ialah sifat kehebatannya.Maka sangatlah hebat dirinya dirasai oleh mereka yang menghadapnya sehingga mereka berasa segan dan gerun, dan mereka berjalan melutut di hadapannya untuk pergi menghadapnya, dan apabila mereka berpisah daripadanya maka mereka undur dengan tidak membelakangkannya sambil melutut juga.

Demikianlah juga musuh-musuhnya dan orang-orang yang ada niat yang tidak baik kepadanya maka mereka sekalian samada kawan atau lawan-apabila berjumpa dengannya mereka tidak boleh berkata-kata panjang kerana lidah mereka menjadi kelu dan kaku.Sesetengah pula pernah berdialog(bercakap) di luar dengan berdegar-degar dan membesar-besarkan diri bahwa ia sanggup menemui Syeikh Suhaimi dan berani berlawan tikam lidah dengannya kerana apakah yang hendak ditakutkan daripadanya?

Tetapi apabila orang itu sudah sampai di hadapan rumah Syeikh Suhaimi maka ia boleh berjalan pergi balik, pergi balik sahaja di hadapan rumah itu-tidak berani masuk ke dalam rumahnya itu apatah lagi hendak menghadapinya dan berlawan tikam lidah dengannya.Akhirnya ia telah pulang begitu sahaja tanpa berjumpa dengan Syeikh Suhaimi pun.

MEREKA TIDUR NYENYAK

Lagi seorang tua murid Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) yang sekarang sudah meninggal dunia, namanya digelar orang sebagai ‘Pak Mat Hongkong’ (yang terkenal di Geylang Serai pada masa hidupnya) telah menceritakan bagaimana pada suatu hari tiga orang samseng telah datang ke rumah Syeikh Suhaimi untuk ‘mencari fasal’ supaya boleh memukulnya.Tetapi apabila mereka masuk ke dalam rumah Syeikh Suhaimi setelah dijemput masuk maka mereka terus berasa mengantuk dan selepas sebentar mereka telah tidur dengan nyenyak dengan tidak sedarkan diri masing-masing.

Lalu ketiga-tiga mereka itu telah diangkat oleh Syeikh Suhaimi seorang diri(iaitu seorang daripada mereka diangkat di atas bahu Syeikh Suhaimi dan seorang lagi diangkat pada tangan kanannya manakala orang yang ketiga itu diangkat pada tangan kirinya).Maka dengan cara itu ia telah membawa mereka dan menghantar mereka pulang ke rumah masing-masing sedang mereka terus-menerus tidur dengan nyenyaknya.

AMALAN-AMALAN DAN IBADAT-IBADAT SYEIKH SUHAIMI

Selain daripada sembahyang fardhu yang dikerjakan pada awal waktunya maka semua sembahyang-sembahyang sunat Rawatib Qabilah dan Ba’diah tetap diamalkan oleh Syeikh Suhaimi dengan tidak pernah putus-putus.Begitu juga sembahyang sunat Witir selepas sembahyang Isyak dan sembahyang Dhuha samada di rumahnya sendiri atau semasa di rumah orang lain bahkan begitu juga di dalam pelayaran.Gerhana Bulan semua itu tidak pernah ditinggalkannya kecuali jika ada uzur.

WIRID-WIRIDNYA DAN ZIKIR-ZIKIRNYA

Sebagaimana telah diterangkan dahulu bahawa Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) ada mempunyai wirid-wirid yang tertentu yang diamalkannya setiap hari selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, dan wirid-wirid ini mengandungi ayat-ayat Quran dan Selawat, dan sebagaimana telah disebutkan dahulu juga bahawa Syeikh Suhaimi telah mendapatkannya daripada ‘roh’ Rasulullah S.A.W sendiri ketika sedar atau jaga(iaitu bukan di dalam mimpi)selepas tengah malam di dalam Kaabah di Makkah Al Mukarramah

WIRID MENGAJAR

Demikian huga sebagaimana telah disebutkan dahulu bahawa selama Syeikh Suhaimi di dalam keadaan sihat dan afiat maka ia tetap sahaja mengajar akan ilmu-ilmu agama Islam iaitu Tauhid,Feqah dan Tasawuf tiap-tiap hari dan selepas sembahyang Jumaat, kecuali di dalam bulan puasa(Ramadhan) maka ia mengajar hanya selepas sembahyang Asar sahaja dan sekali-sekali ia mengajar juga lagi selepas sembahyang tarawikh.

Adapun nama Kitab-kitabnya yang diajarkan oleh Syeikh Suhaimi itu ialah ‘Syarah Fathul Qarib’, ‘Fathul Mu’in’, ‘Minhajul Qawim’, ‘Syarhul Azkia’ fi Tarikil Aulia’, Syarhul Irsyadil ‘Ibad fi Subulir Rasyad’, ‘Tafsirul Jalalain’, dan sebuah kitab yang bernama ‘An Nafhatul Miskiah’ yang dikarang oleh Syeikh Suhaimi sendiri di dalam bahasa Arab dan terkandung di dalamnya tiga bahagian;

1. Kelebihan menuntut ilmu

2. Kelebuhan membaca Maulid Nabu S.A.W

3. Tahlil yang dibaca tiap-tiap kali sebelum dibaca Maulid Berzanji dan Maulid Diba’i

Selain daripada itu, Syeikh Suhaimi telah juga mengarang kitab-kitab didalam bahasa Arab menganai Israk dan Mikraj, Tauhid atai Aqaid dan lain-lain lagi.

WIRID MAULID NABI S.A.W

Dan sebagaimana telah disebutkan juga dahulu bahawa Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) tidak pernah meninggalkan membaca Maulid Nabi S.A.W(Berzanji)pada tiap-malam Jumaat dan (Diba’i) pada tiap malam Isnin.Dan dengan galakannya maka hingga sekarang murid-muridnya masih banyak membuat begitu di masjid-masjid atau di surau-surau ataupub di rumah-rumah.Kaun-kaum ibu juga dibenarkan membaca Maulid itu di dalam majlis mereka sendiri dengan suara yang kuat.

Perkara itu telah ditentang keras pada masa itu oleh kebanyakan kiyai-kiyai dan ulama di Singapura dan di Tanah Jawa, tetapi sekarang pada ulama dan kiyai-kiyai di negeri-negeri yang tersebut telah bersetuju dengan pendapat Syeikh Suhaimi kerana kita lihat di sana sini kaum wanita sekarang mengadakan majlis yang di dalamnya di adakan Maulid yang dibaca oleh kaum wanita sendiri dengan suara yang kuat dan berlagu-lagu.Dan begitu juga tentang bacaan Quran, nasyid-nasyid dan lain-lainnya bahkan wanita sekarang juga berceramah dan bersyarah di hadapan khalayak ramai yang ada di dalam lelaki dan wanita.

Mereka yang tidak bersetuju dengan perkara yang tersebut tadi yang sebenarnya tdak mempunyai apa-apa alasan dari segi syarak, bahkan nyatalah mereka menurut perasaan sahaja.Bagaimanapun maka Syeikh Suhaimi melarang tentang diadakan pukulan kompang atau tambur di dalam Maulid dan ia enggan hadir di dalam majlis-majlis seperti itu.

TANDA-TANDA KELEBIHAN SYEIKH SUHAIMI

Selain daripada kejadian-kejadianyang luar biasa yang telah tersebut dahulu yang telah berlaku kepada Syeikh Suhaimi(Rahimahullahu Taala) itu maka sekarang akan disebutkan lagi beberapa kejadian ganjil yang lain yang telah dilakukan oleh Syeikh Suhaimi.

Pda suatu masa sedang Syeikh Suhaimi dan beberapa orang dari murid-muridnya sedang membersihkan dan meratakan sebidang tanah mendirikan sebuah masjid di atasnya dan juga menggali tanah untuk membuat kolam bagi masjid tadi tiba-tiba salah seorang daripada murid-murid itu telah berkata sebagai bergurau manja kepada Syeikh Suhaimi:

Kalaulah tengah kita haus dan penat ini kita boleh dapat buah anggur, alangkah bagusnya’.

Syeikh Suhaimi pun menjawab’Betulkah awak semua hendak buah anggur itu sekarang?Maka ia pun berhenti dari membersihkan tanah itu sebentar lalu menanggalkan songkok putihnya daripada kepalanya dan meletakkan terletang di atas tapak tangannya.Tiba-tiba songkok itu kelihatan penuh dengan buah anggur, lalu dengan tidak bertempoh lagi ia pun membahagikan buah anggur itu kepada mereka sekalian yang sedang membersihkan tanah itu, dan anggur itu rasanya sungguh manis dan lazat.

PERARAKAN YANG DILARANG MENONTONNYA

Ketika Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala)menginap buat sementara di Kampung Marikan, Batu Tiga dekat Serangoon Road,Singapura, tiba-tiba pada suatu petang ia telah berkata begini;

Nanti malam ada erarakan di Jalan Seranggoon ini,tetapi kamu jangan keluar menontonnya;.

Ahli rumahnya dan murid-muridnya berasa hairan mendengarkan perkataan nya itu iaitu suatu perarakan akan diadakan pada malam itu tetapi mereka dilarang pergi menontonnya.

Rupa-rupamya pada malam itu, lebih kurang apad tengah malam, bagi mereka yang belum tidur atau mereka yang tersedar daripada tidur maka iba-tiba kedengaranlah bunyi tembak-menembak.Setelah itu pada siangnya dapatlah diketahui bahawa suatu rompakan bersenjata telah berlaku di kawasan Geylang,lalu perompak-perompak itu telah lari dikejar oleh polis sambil kedua-dua pihak bertembak-menembak.

Perompak-perompak itu telah lari mengikut Paya Lebar Road,Macpherson Road dan terus ke Seranggoon Road berhampiran dengan rumah kediaman Syeikh Suhaimi itu.Perompak-perompak itu telah terus dikejar dan akhirnya telah ditangkap.

Selepas kejadian itu maka ahli-ahli rumahnya dan murid-muridnya fahamlah tentang perarakan yang dimaksudkan itu dan mengapa mereka dilarang pergi menontonnya.

KUDA BOLEH BERKATA-KATA

Pada suatu hari Syeikh Shaimi telah berkata kepada murid-muridnya.’Tidak berapa lama lagi kamu semua akan berjumpa dengan kuda pandai bercakap’.

Murid-muridnya terperanjat dan hairan mendengarkan yang demikian itu,lalu mereka berasa sangat ingin hendak bertemu dan melihat kuda yang pandai bercakap itu.Tidak berapa lama kemudian daripada itu,buat pertana kali,kereta beca telah dibawa dari Negeri China dan digunakan di Singapura.Sedia maklum bahawa kereta beca itu berjalan dengan ditarik dari depannya oleh seorang Cina,sama sebagaimana seekor kuda menarik kereta.Di wktu itu murid-murid Syeikh Suhaimi teringatlah dan fahamlah tentang ramalan Syeikh Suhaimi bahawa mereka akan berjumpa dengan kuda yang pandai bercakap.

MERAMPAS ANAK ANGKAT

Pada suatu masa yang lain pula maka seorang wanita yang pertengahan umur, dari Johor, bekas isteri seorang Tengku,telah datang menghadap Syeikh Suhaimi di Singapura dan menyatakan bahawa ketika ia masih menjadi isteri Tengku itu ia telah mengambil seorang anak kecil yang berketurunan Raja sebagai anak angkatnya dengan persetujuan penuh daripada dua ibu bapa kanak-kanak itu.

Tetapi apabila kanak-kanak itu sudah besar sedikit dan sudah boleh berkata-kata, dan wanita itu pula sudah bujang dengan sebab kematian suaminya(iaitu Tengku) itu, tiba-tiba ibu kanak-kanak itu telah mengambil kanak-kanak itu semula dengan paksa daripada emak angkat tadi.

Oleh kerana keluarga ibu asalnyaitu berpengaruh kuat di Johor maka emak angkat itu tidaklah berani hendak membuat apa-apa secara terang-terang untuk hendak mencuba meminta anak angkatnya itu kembali padanya.Di dalam hal kebingungan itu tiba-tiba ada seorang kenalannya telah menasihatinya supaya ia pergi berjumpa Syeikh Suhaimi untuk meminta pertolongan di dalam perkara itu.

ARAHAN SYEIKH SUHAIMI KEPADA WANITA ITU

Setelah mendengar pengaduan wanita itu maka Syeikh Suhaimi telah menyuruh wanita itu sebagaimana berikut;

‘Ce’ keluarlah daripada rumah sebelum pukul tujuh pagi pada hari Rabu,sekian haribulan, dan jangan lengah terus pergi ke sekian jalan di sekian tempat dan tunggu di situ.Perhatikan kereta(motor car) yang datang daripada sekian arah.Nanti Ce’ akan nampak kereta kepunyaan mereka datang.Tahanlah sahaja kereta itu nescaya ia akan berhenti,dan anak itu ada di dalamnya.Ce’ jangan lengah-lengah ambil sahaja anak itu dan terus bawanya ke Singapura dan biarkan dia diam di Singapura.

Wanita itu telah menurut betul-betul sebagaimana yang telah disuruh oleh Syeikh Suhaimi itu, dan ia dapati kemudiannya bahawa apa yang telah dikatakan oleh Syeikh Suhaimi itu tepat berlaku dengan sepenuhnya sehingga ia telah berjaya membawa anak angkatnya itu ke Sibgapura dengan selamatnya.Dan wanita itu kemudian telah berkata bahawa suatu perkara yang sangat menghairankannya di dalam peristiwam mengambil anak angkatnya itu ialah bahawa apabila ia mengambil budak itu daripada pangkuan ibu asalnya di dalam keretanya itu maka ibunya telah terdiam sahaja dengan tidak membuat apa-apa dan tidak berkata apa-apa.

KENA HUJAN TIDAK BASAH

Pada suatu hari Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) dan dua atau tiga orang anak muridnya telah menziarahi rumah salah seorang muridnya yang lain.Ketika mereka hendak pulang tiba-tiba hujan lebat pun turun,tetapi Syeikh Suhaimi telah mengajk juga murid-muridnya itu pulang sedangkan mereka tiada payung.Apabila mereka berjalan di dalam hujan itu maka murid-muridnya itu dapati bahawa mereka sekalian tidak basah.

MOTORBOT TENGGELAM

Al Ustaz Haji Abdul Rahman Al Jempoli (iaitu yang berasal dari Jempol, Negeri Sembilan) telah menyatakan bahawa Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala)di dalam salah satu pelayaran daratnya telah tiba di bandar Muar itu.Pada masa itu sudah ada motor bot untuk membawa penumpang-penumpang menyeberang sungai itu.Apabila Syeikh Suhaimi sampai di tepi sungai itu maka kebetulan motor bot itu sudah siap hendak bertolak, dan pemandu bot itu tidak menghiraukan rayuan Syeikh Suhaimi supaya menanti dia menaikinya.

Tetapi belum jauh motor bot itu berjalan tiba-tiba ia pun mula karam.Semua penumpang-penumpangnya telah dapat diselamatkan, tetapi motor bot itu tidak boleh timbul walaupun pekerja-pekerja telah mencuba seberapa daya hendak mnimbulkannya.Akhirnya ada seorang telah memberitahu kepada taukeh Cina pemunya motor bot itu supaya memita maaf kepadaSyeikh Suhaimi dan membawanya menyeberangi sungai itu.

Taukeh itu pun membuat begitu,maka setelah itu motor bot tadi telah dapat ditimbulkan semula dengan tidak begitu payah.

MENGHALAU PENGACAU RUMAH

Pada suatu masa sebuah rumah yang tiada tingkap di Jalan Sultan, Singapura telah dikacau atau diganggu oleh suatu keadaan yang ganjil dan menakutkan.Orang-orang yang tidur di situ kerapkali apabila bangun daripada tidur telah dapati diri mereka berada di tepi longkang di sebelah jalan besar yang ada di hadapan rumah itu.

Beberapa bomoh telah dipanggil untuk mengatasi perkara itu tetapi tidak berjaya.Akkhirnya Syeikh Suhaimi telah diundang dan ia telah dapat menghapuskan kejadian yang tersebut itu.

DITOLONG OLEH IKAN MERAH

Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) telah menceritkan pada suatu masa, ketika ia belayar menyeberangi Laut Merah yang letaknya di sebelah barat tanah Arab maka perahu layar yang dinaikinya itu telah karam dengan sebab ribut, dan sedang ia berada di dalam air itu tiba-tiba datanglah seekor ikan merah yang beasr menghimpit di sebelahnya.

Tetapi ikan merah itu tidak membuat apa-apa kepadanya.Ia telah cuba menghalau ikan itu daripadanya tetapi ikan itu tetap sahaja berada di sebelahnya. Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) pun fahamlah bahawa ikan itu hendak menolongnya.Ia pun berpautlah pada belakang ikan itu maka barulah ikan itu mula berarak dan berenang di atas permukaan air menuju ke pantai sehingga sekira-kira kaki Syeikh Suhaimi jejak ke tanah di bawah air itu.

Selepas Syeikh Suhaimi itu melepaskan pautannya dari belakang ikan itu enggan bergerak dari situ.Akhirnya Syeikh Suhaimi telah berkata kepada ikan itu bahawa ia berjanji tidak mahu lagi makan ikan merah,dan juga ia akan melarang anak cucunya memakan ikan merah itu.Pada ketika itu amak baharulah ikan itu berenang daripada situ dan kemudian menyelam dan hilang di dalam air itu.

Persitiwa yang baharu tersebut itu telah berlaku pada masa Syeikh Suhaimi baharu-baharu memulakan langkah untuk menjalani kehidupan ahli tariqat dan sedang mencari-cari akan panduan yang hak daripada guru-guru batin yang terkenal.

SYEIKH SUHAIMI SAKIT TENAT

Pada suatu masa sedang Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) sedang berada di Kelang tiba-tiba ia telah tidak sedarkan diri dan tidak bergerak-gerak seolah-olah seperti orang sakit tenat.Walaupun berbagai-bagai ikhtiar telah dibuatu untuk menyembuhkannya tetapi tidak memberi bekas apa-apa.Tetapi setelah tiga hari ia berada di dalam keadaan yang tersebut itu tiba-tiba ia sedar dan pulih seperti sedia kala,hanya ketika itu ada setengah murid-muridnya dapat memperhatikan satu tanda bekas luka yang baharu pada lengan kanan Syeikh Suhaimi itu.Bagaimanapun maka hal itu tidaklah ada sesiapa yang hendak mengambil tahu lebuh jauh lagi,lalu perkara itu pun telah senyaplah ia begitu sahaja dan telah dilupakan.

Tetapi selepas beberapa minggu kemudian pada suatu hari Jumaat apabila Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) menjadi imam di Masjid Ma’ruf(Singapura)itu maka ada orang-orang melihat seorang India Islam(yang sedang hadir untuk sembahyang Jumaat di situ)telah berpindah-pindah tempat di dalam masjid itu sambil ia memerhatikan sungguh-sungguh kepada Syeikh Suhaimi yang sedang membaca khutbah Jumaat pada ketika itu.

MASIH MEMERHATIKAN

Maka sesudah sembahyang Jumaat itu Syeikh Suhaimi pun mengajarlah sebagaimana biasa akan orang ramai seperti yang telah tersebut dahulu itu.Tetapi rupa-rupanya orang India tadi masih ada duduk di antara mereka yang hadir di majlis itu,dan ia juga masih memerhatikan wajah Syeikh Suhaimi dengan bersungguh-sungguh.

Akhirnya ada seorang murid Syeikh Suhaimi telah bertanya kepada orang India itu tentang halnya yang ganjil tadi,iaitu apa sebabnya ia bersungguh-sungguh memerhatikan Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) dengan tidak sudah-sudah itu.Ia pun telah menjawab bahawa ketika ada pergaduhan besar di India di antara orang-orang Islam dan Hindu beberap minggu yang lalu maka ia telah melihat dengan sah dan jelas bahawa Syeikh Suhaimi itulah salah seorang yang bersama-sama telah berjuang membela orang-orang Islam di dalam pergaduhan itu.Kemudian bukan itu sahaja,apabila murid-murid Syeikh Suhaimi mengira masa pergaduhan di India itu maka dapatilah bahawa pergaduhan itu telah berlaku tepat pada sama satu masa yang di dalamnya Syeikh Suhaimi berada di dalam keadaan yang tidak sedar itu.

MARILAH RENUNGKAN PERKARA INI

Cubalah pembaca-pembaca sekalian renungkan hal ini.Apakah ertinya?Pada masa itu tiada sesiapa yang mahu menanyakan perkara itu kepada Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala),tetapi sudah nyatalah sekarang bahawa pada masa berlakunya pergaduhan di India sebagaimana yang telah tersebut dahulu itu maka suatu kejadian yang sungguh pelik telah berlaku terhadap diri Syeikh Suhaimi, iaitu dirinya atau tubuhnya badannya itu ternampak seolah-olah sakit atau pengsan dan terbaring di rumahnya di Kelang,padahal di waktu itu juga ia sedang berada di India berjuang membela orang-orang Islam di dalam pergaduhan yang telah tersebut itu.Dan daripada hal ini juga maka dapatlah kita faham tentang timbulnya tanda bekas luka pada lengan kanannya itu setelah ia sedar daripada sakitnya itu.

ADA DI DUA TEMPAT PADA SAMA SATU MASA

Menurut kenyataan Saiyid Muhammad Nun bin Saiyid Hassan Al Attas iaitu salah seorang murid Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) yang karib padanya, bahawa Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) banyak kali telah pergi balik di antara Singapura dan Jawa dalam masa sebentar sahaja dengan tidak menaiki apa-apa serta membawa balik bersama-samanya barang-barang yang tertentu,bahkan ada masanya Syeikh Suhaimi sendiri memberitahu bahawa ia baru pergi menziarahi Sultan Solo yang pada masa itu menjadi raja di Jawa,dan Sultan itu pula dikatakan oleh orang ialah seorang Wali Allah,kerana baginda ialah seorang yang sangat soleh serta ternampak pada baginda perkara-perkara yang ganjil

Dan pada ketika Sultan Solo itu mangkat maka ada orang yang telah kenal baik dengan Syeikh Suhaimi berkata bahawa ia telah nampak Syeikh Suhaimi ada bersama-sama orang-orang yang menghantar jenazah baginda ke kuburnya di Jawa itu,padahal ketika itu juga murid-murid Syeikh Suhaimi tahu dan nampak bahawa Syeikh Suhaimi ada di Singapura menjadi imam dan mengajar murid-muridnya seperti biasa.

ADA DI TIGA TEMPAT PADA SAMA SATU MASA.

Seorang murid Syeikh Suhaimi yang dikenali dengan gelaran Wak Saniman,seorang penghulu yang tinggal di Parit Saniman,Pontin Johor telah menceritakan satu kejadian mengenai Syeikh Suhaimi begini;

Pada suatu masa di Singapura, Syeikh Suhaimi telah menyuruh salah seorang muridnya pergi ke suatu tempat yang tertentu di Pasir Panjang pada jam satu malam tepat kerana Syeikh Suhaimi hendak menemuinya di sana.Tetapi Syeikh Suhaimi menyuruh juga seorang muridnya yang lain pergi ke suatu tempat yang tertentu di Geylang pula pada jam satu malam tepatjuga kerana ia hendak menjumpainya di situ.Bahkan bukan setakat itu sahaja kerana ia telah menyuruh muridnya yang lain lagi supaya pergi ke suatu tempat yang lain di Bukit Timah pada jam satu malam tepat juga kerana ia hendak menjumpai muridnya ini di sana.Dengan sebab suruhan yang ganjil ini maka timbullah tandatanya adakah Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) hendak bergurau-gurau sahaja dengan murid-muridnya?Bagaimana ia boleh berada di tiga tempat pada sama satu masa?

Murid-murid yang bertiga orang tadi telah mematuhi suruhan Syeikh Suhaimi itu dan kemudiannya tiap-tiap seorang daripada mereka telah menyatakan bahawa tepat sebagaimanan yang dikatakan oleh Syeikh Suhaimi itu maka tiap-tiap seorang daripada mereka telah betul ditemui oleh Syeikh Suhaimi pada tempat-tempat yang telah dijanjikan itu pada jam satu malam tepat.Ketika berjumpa dengan Syeikh Suhaimi itu maka tiap-tiap seorang dari mereka telah diberi nasihat dan lain-lain perkara oleh Syeikh Suhaimi.

Wak Saniman tadi telah ditanya tentang apakah sebab atau tujuan Syeikh Suhaimi melakukan perkara tersebut,iaiatu menampakkan dirinya pada tiga tempat yang berlainan kepada tiga orang muridnya di dalam satu masa.Dijawab oleh Wak Saniman lebih kurang bahawa pada masa itu ada setengah-setengah muridnya suka bertengkar-tengkar antara satu sama lain di dalam beberapa perkara yang tertentu, dan apabila dinasihatkan oleh Syeikh Suhaimi supaya ditinggalkan pertengkaran yang seperti itu maka mereka nampaknya masih cuai hendak menurut nasihat itu dengan penuh.

Maka dengan ditunjukkan kelebihan yang tersebut itu mereka telah lebih sedar akan hal guru mereka dan berasa insaf akan kelakuan mereka yang kurang elok yang telah ditegurkan oleh guru itu lalu mereka pun telah menerima teguran atau nasihat itu,dan selepas itu maka pertengkaran-pertengkaran yang tersebut tadi telah berkurang atau tidak berlaku lagi.Tetapi rasanya ada lagi lain sebab Syeikh Suhaimi menunjukkan kelebihannya itu sebagaimana akan datang perkara itu.

BERADA DI MAKKAH DAN SINGAPURA

Satu kejadian yang seperti itu juga telah diceritakan oleh salah seorang murid Syeikh Suhaimi begini;

Murid itu telah pergi mengerjakan haji di Makkah.Sedang ia duduk di dalam Masjid Haram membaca ‘aurad’ yang termaklum itu(dengan tidak menggunakan bijian tasbih) tiba-tiba ia melihat Syeikh Suhaimi datang kepadanya lalu berkata kepadanya(lebih kurang) begini;

‘Di mana tasbih?’

Dijawab oleh pemuda itu, ‘Saya tidak ada tasbih’

Disahut pula oleh Syeikh Suhaimi, ‘Kalau tidak ada tasbih bagaimana awak boleh menghitung bilangan bacaan-bacaan awak itu?Nah,ambillah tasbih saya ini’.

Lalu Syeikh Suhaimi pun menghulurkan tasbihnya itu kepada muridnya tadi.Tasbih itu berwarna hitam,dan ramai di antara murid-murid Syeikh Suhaimi kenalkan tasbihnya itu.Dan setelah itu maka Syeikh Suhaimi pun berjalanlah meninggalkan murid tadi.

Kemudian apabila murid itu tadi balik ke Singapura maka ia dapati bahawa Syeikh Suhaimi sudah pun ada di Singapura,lalu murid tadi berkatalah kepada murid-murid yang lain

‘Kiyai Agung rupanya baharu-baharu ini naik haji.Aku jumpa dia di Makkah di dalam Masjid Haram’

Dijawab oleh kawan-kawannya itu,’Tetapi Kiyai Agung sepanjang musim haji dia mengajar seperti biasa dan tiap-tiap hari ia menjadi imam di Masjid Ma’ruf’

Lalu murid yang baharu balik dari Makkah itu telah menunjukkan utas tasbih yang telah diberikan oleh Syeikh Suhaimi di dalam Masjid Haram itu,dan setengah daripada murid-muridnya yang melihat utas tasbih yang ditunjukkan oleh murid yang baharu balik dari Makkah itu kenallah dengan segera bahawa utas tasbih itu memang benar dulunya kepunyaan Syeikh Suhaimi.Maka inilah lagi satu contoh kejadian yang menunujukkan bahawa Syeikh Suhaimi boleh berada di dua tempat pada satu masa.

MENGHILANGKAN DIRI

Telah dikhabarkan oleh seorang murid Syeikh Suhaimi yang bernamam Haji Abdul Hamid bin Mirhani(yang suatu masa dahulu pernah menjadi Imam Masjid Taqwa di Gelang) bahawa Syeikh Suhaimi telah berkata kepada murid-muridnya di Singapura supaya jangan mencarinya selepas sembahyang Maghrib sehingga sembahyang Isyak selama beberapa hari.Kata Haji Abdul Hamid itu lagi bahawa ia sendiri dan lain-lain murid Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) telah menyaksikan tiap-tiap lepas sembahyang Maghrib di dalam beberapa yang tersebut itu,sedang Syeikh Suhaimi duduk di hadapan mereka di tepi mahrab(tempat imam) di Masjid Ma’ruf itu tiba-tiba ia ghaib (hilang dari penglihatan mereka).Kemudian Syeikh Suhaimi akan kembali semula pada ketika bila membaca iqamah untuk sembahyang Isyak.

WALI ALLAH

Pendeknya banyaklah lagi kejadian-kejadian yang ganjil dan menghairan telah berlaku pada Syeikh Suhaimi ataupun telah dilakukannya yang tidaklah dapat dimuatkan di dalam kitab yang kecil ini.Bagaimanapun,daripada kejadia-kejadian yang telah tersebut itu maka murid-muridnya telah yakin dengan tiada syak lagi bahawa Syeikh Suhaimi ialah seorang Wali Allah.

‘SERU NAMA AKU’

Syeikh Suhaimi telah berpesan dan memberitahu keluarganya dan murid-muridnya bahawa jika sesiapa antara mereka menemui sesuatu bahaya atau kesusahan atau ada sesuatu hajat mereka serulah namanya,Insya Allah ia akan menolong mereka.Pesanan Syeikh Suhaimi ini telah diikuti oleh keluarganya dan murid-muridnya,maka seruan itu telah berhasil pada umumnya dengan syarat bahawa orang yang memohon pertolongna itu hendaklah menurut titah perintah Allah S.W.T dan menjauhkan larangan-larangan-Nya

Pesanan yang seperti ini tidaklah berbeza dengan kebanyakan tariqat-tariqat yang lain hak,kerana pengasas-pengasas tariqat-tariqat yang lain juga ada berpesan seperti itu kepada murid-murid mereka.

TEBU LEMBUT SEPERTI KAPAS

Pada suatu masa beberapa orang murid-murid Syeikh Suhaimi telah sesat di dalam sebuah hutan ketika hendak mendaki Gunung Pondik(Gunung Berapit) di negeri Perak,lalu mereka telah berasa terlalu dahaga.Mereka pun teringatlah pesanan Syeikh Suhaimi yang baharu tersebut tadi,lalu mereka pun mnyeru namanya dan meminta pertolongan supaya didapati air untukk minum,dan supaya ditunjukkan jalan untuk selamat daripada kesesatan.

Tiba-tiba tidak berapa lama selepas itu mereka telah menjumpai serumpum pokok tebu lalu mereka pun terus mematahkannya, dan mereka dapati bahawa tebu itu mudah sahaja dipatahkan serta isi tebu itu seperti kapas dan rasanya pula lebih manis daripada tebu biasa.

TERLUPA BAWA WANG TAMBANG

Di lain masa pula ada seorang muridnya di salah sebuah kampung hendak belayar menaiki keretapi.Apabila ia tiba di perhentian keretapi itu tiba-tiba ia dapati wangnya telah tertinggal.Hendak pun balik ke rumahnya untuk mengambil wangnya itu maka rumahnya jauh padahal masa keretapi datng sudah hampir dan ia mesti menaiki keretapi itu untuk menghasilkan tjuannya.

Ia pun teringatkan pesanan Syeikh Suhaimi(gurunya) itu,lalu apabila ia telah berada di dalam keretapi tadi amak ia menyeru nama Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) meminta pertolongan.Maka tukang tiket keretapi itu nampaknya tidak melihat akan dia dan tidaklah meminta wang tambang itu daripadanya.

UNTUK UBATAN

Begitu juga banyak murid-muridnya apabila sesuatu penyakit,mereka segera menyeru kepadanya meminta supaya disembuhkan penyakit itu maka biasanya penyakit itu telah sembuh.Bahkan banyak daripada murid-muridnya itu telah mengubatkan orang lain dengan menyeru nama dan meminta pertolongan daripadanya maka pada umumnya permintaan mereka telah berhasil dan berjaya.

SILAT DAN MENJAGA DIRI

Bahkan hingga sekarang,dengan cara dan syarat yang tertentu maka ribuan pemuda(dan pemudi)juga boleh bermain pencak atau silat dengan gaya yang istimewa,iaitu tanpa guru yang zahir;hanya dengan dibaca beberapa potong ayat Quran dan Selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W dan diseru nama Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) supaya dia mengajar mereka main pencak itu.

Dan begitu juga ramai daripada pemuda-pemudi yang tersebut itu telah dapati diri mereka terselamat dan terlepas daripada berbagai bahaya termasuk bahaya senjata dengan sebab mengambil ayat-ayat Quran yang tertentu daripada wakil-wakil Syeikh Suhaimi dan mengamalkannya selepas sembahyang serta menyeru kepada Syeikh Suhaimi untuk menolong mereka ketika di dalam bahaya itu.Dan diisyaratkan lagi bahawa mereka mendapat ijazah daripada wakil-wakil itu.

Pendeknya banyaklah lagi pengalaman-pengalaman yang ganjil yang didapati oleh murid-murid Syeikh Suhaimi itu apabila mereka menyeru namanya untuk dihasilkan sesuatu hajat yang tertentu.

HENDAK PERGI LAMA(DENGAN CARA GHAIB)

Setelah segala yang tersebut itu maka pada suatu hari Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) telah memanggil setengah-setengah keluarganya dan beberap murid-muridnya yang karib untuk berunding .Ia telah berkata kepada mereka bahawa masanya sudah sampai untuk ia ‘ghaib’ daripada mereka,tetapi ia bukan mati,kerana ia akan kembali lagi.

Setelah daripada itu maka ia juga telah menerangkan kepada mereka tentang mengapa ia akan ghaib,ke mana ia akan pergi dan mengapa pula ia akan kembali semula;dan apabila ia kembali semula itu maka siapakah ia akan jadi(iaitu ia akan mendapat jawatan yang tertentu),dan lain-lain lagi.Dan ia akan berkata lagi bahawa siap yang panjang umur akan melihat dan menjumpainya lagi.

Kemudian Syeikh Suhaimi telah mengingatkan mereka bahawa satu daripada tanda-tanda yang penting untuk mengenalkannya apabila ia kembali semula nanti ialah sebiji tahi lalat hidup yang ada di tempat yang tertentu di pipi kanannya,dan ia berpesan kepada mereka supaya janagn memberitahu kepada sebarang orang tentang tempat yang tepat bagi tahi lalat tadi kecuali kepada keluarganya dan murid-muridnya yang sudah lama dan tekun mengamalkan amalan-amalan serta sudah nyata kejujurannya.

Maka oleh kerana ia tidak lama lagi akan ‘ghaib’itu walhal ia bukan mati dan akan kembali semula,ia puntelah berunding dengan mereka yang hadir sebagaimana telah tersebut tadi tentang apakah cara yang baik sekali ia meninggalkan mereka.Adakah lebih baik ia pergi dengan menghilangkan dirinya begitu sahaja,ataupun is pergi dengan meninggalkan sesuatu yang nampaknya sahaja sebagai jasad untuk menggantikan dirinya yang sebenar itu.

Setelah berunding maka keputusan yang telah diambil ialah;Syeikh Suhaimi janganlah pergi dengan ghaib atau hilang begitu sahaja,kerana yang demikian itu boleh menimbulkan salah sangka atau tuduhan dari orang ramai atau jiran-jiran atau lain-lainnya bahawa Syeikh Suhaimi boleh jadi sudah dibunuh atau diculek atau sebagainya,dan ini pula pasti mendatangkan fitnah dan kesusahan dengan pihak polis.

Dari itu maka yang eloknya ialah Syeikh Suhaimi (Rahimahullahu Taala) pergi dengan meninggalkan sesuatu yang dinampakkan sebagai jasadnya untuk menggantikan dirinya yang sebenar itu.

MENINGGAL

Tidak beberapa lama selepas rundingan yang telah tersebut itu maka,Syeikh Suhaimi pun ‘meninggallah’ di Kampung Teluk Pulai.Kelang,Selangor pada hari Ahad, 21hb Rejab tahun 1343 Hijrah, bersamaan dengan tahun 1925 Masihi,dan ‘ganti’ Syeikh Suhaimi itu telah dikebumikan di tanah perkuburan Kelang

MASIH DIJUMPAI SELEPAS ITU

Syeikh Khairullah bin Muhammad Suhaimi(anak lelaki yang ketiga Syeikh Suhaimi) telah berkata walaupun Syeikh Suhaimi sudah ‘ghaib’ tadi tetapi bukti yang nyata tentang ia masih hidup itu ialah dari semasa ke semasa(tetapi jrang-jarang)is masih datang menjumpai atau menziarahi Syeikh Khairullah di Kelang,bahkan ia telah memberi satu ayat untuk diamalkan dan dibaca jika bil-bila penting hendak menjumpainya.Tetapi Syeikh Khairullah telah berkata bahawa di masa kemudian-kemudian ini Syeikh Suhaimi memberitahunya bahawa ia mungkin tidak boleh datang lagi kerana urusannya semakin bertambah dengan sebab masa ia kembali itu sudah semakin hampir.

Bagaimanapun,Insya Allah, ia masih tetap dapat menolong akan sesiapa daripada murid-muridnya atau pengikut-pengikutnya yang mahu meminta tolong padanya dengan cara ghaib atau batin itu.Bahkan Syeikh Suhaimi telah berkata lagi bahawa satu daripada tanda ia sudah hampir kembali itu ialah semakin ramai ‘orang-orang ghaib’ yang akan datang kepada murid-muridnya dan menghampiri mereka untuk menjaga dan memberi pertolongan kepada mereka dengan syarat mereka memelihara dan menunaikan hukum-hukum Allah serta tekun menjalankan atau mengamalkan bacaan-bacaan yang diambil daripadanya atau daripada wakil-wakilnya.

BAGAIMANA TAHU?

Tadi,sudah dinyatakan bahawa Syeikh Suhaimi belum mati dan ia akan kembali sebagai seorang yang berpangkat yang tertentu.Bagaimana ia telah dapat tahu bahawa dirinya akan berpengkat dengan pangkat yang begitu besar?

Syeikh Muhammad Khairullah(iaitu salah seorang anaknya)telah menyatakan bahawa Syeikh Suhaimi telah mengkhabarkan kepadanya bahawa Majlis Wali-Walilah yang telah membuat keputusan memilih dan melantiknya untuk menyandang ‘jawatan’ yang besar itu.

Salasilah Sheikh Muhammad As Suhaimi

Salasilah Sheikh Muhammad As Suhaimi
No posts.
No posts.